Sukan Hari Ini

Dua Penalti Bantu Real

MADRID: Real Madrid membuka kempen Copa del Rey mereka dengan kemenangan 2-0 pada aksi pertama kelompok 32 terakhir, berdepan pasukan divisyen tiga, Fuenlabrada, awal pagi tadi.

Menurut laporan BH Online, dua gol itu diperoleh menerusi sepakan penalti pada babak kedua, yang disempurnakan oleh Marco Asensio dan Lucas Vazquez.
Bos Madrid, Zinedine Zidane merehatkan sebahagian besar bintangnya dengan Cristiano Ronaldo, Luka Modric, Toni Kroos, Isco dan Sergio Ramos langsung tidak berada dalam skuad.

Bagaimanapun, pemain simpanan Real gagal menyerlah dalam 45 minit pertama dengan hanya sepakan voli Marcos Llorente dari luar kotak penalti menguji Jordi Codina.

Menunjukkan inspirasi daripada permainan terbuka, pelawat membuka jaringan daripada sepakan penalti apabila Fran Garcia menarik Achraf Hakimi selepas sejam permainan dan Asensio menyempurnakannya.

Codina buat seketika menyelamatkan Fuenlabrada dengan dua aksi menyelamat hebat untuk menafikan percubaan Borja Mayoral.

Namun, jaringan kedua Real tiba 12 minit sebelum tamat apabila kekasaran Paco Candela terhadap Theo Hernandez menyaksikannya dibuang padang kerana mengutip kad kuning kedua dan satu lagi penalti diberikan kepada juara Eropah itu.

Kali ini, Vazquez mengambil tanggungjawab itu dan memberikan gergasi Sepanyol berkenaan kelebihan untuk perlawanan kedua di Santiago Bernabeu dalam tempoh sebulan.

“Saya gembira, kami menjaringkan dua gol dan tidak bolos,” tegas Zidane.

“Kami ada kesabaran. Kami tahu kami boleh membuka jaringan pada babak kedua dan kami berjaya melakukannya.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");