Membawang Hari Ini

Dynas Nikah April Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Hampir empat tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal, pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar, 34, mengakui bakal menamatkan zaman solonya pada April tahun depan.

Dynas atau nama penuhnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, berkata impian untuk menjadi suri hidup kepada usahawan, Shazrik Din semakin serius apabila mereka selamat melangsungkan majlis pertunangan di kediaman keluarganya di Shah Alam, kelmarin.

“Alhamdulillah, saya lega kerana hubungan kami sejak tiga tahun lalu kini melangkah ke fasa yang lebih serius iaitu pertunangan. Insya-Allah, tidak lama lagi kami berdua akan melangkah ke gerbang perkahwinan.

“Saya sentiasa berdoa impian untuk memiliki kehidupan berkeluarga yang sempurna seperti wanita lain akan dipermudahkan. Majlis pernikahan kami dijangka berlangsung pada April tahun depan, cuma tarikh belum ditetapkan.

“Keluarga kami merestui hubungan ini. Begitu juga dengan dua anak saya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Khyra Khalyssa, 7, dan Mohamed Haqaish, 5. Mereka begitu terbuka dan gembira menerima kehadiran Shazrik,” katanya, memetik laporan BH Online.

Pelakon Tombiruo itu berkata, sejurus selepas bertunang, dia mengambil kesempatan untuk meraikan ulang tahun kelahiran Shazrik yang ke-35 di restoran di ibu kota. Majlis itu dibantu teman baik mereka, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

“Jika ditanya mengenai perancangan hari depan, kami sepakat untuk mengadakan pernikahan disusuli majlis resepsi kecil. Insya-Allah, ia akan berlangsung di sebuah dewan secara tertutup dan hanya dihadiri mereka yang rapat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");