Sukan Hari Ini

Faiz Ucap Tahniah Kepada Giroud

GEORGETOWN: Pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Faiz Subri enggan membandingkan jaringan ajaibnya dengan gol yang membawa penyerang Arsenal, Olivier Giroud memenangi anugerah sama tahun ini.

Faiz berkata, tendangan lencongnya yang dianggap melawan hukum fizik dan Giroud dengan sepakan ‘kala jengking’ memiliki kehebatan yang tersendiri.
“Saya tidak dapat bandingkan jaringan saya dengan dia (Giroud) kerana gol saya terhasil daripada situasi bola mati,” kata Faiz, semalam, menerusi laporan BH Online.
Giroud, memenangi anugerah Puskas FIFA di London, awal pagi tadi selepas melakukan sepakan dari belakang yang digelar sebagai sepakan ‘kala jengking’ ketika berdepan Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Januari lalu.
Faiz yang juga pemain Pulau Pinang memenangi anugerah Puskas FIFA 2016 selepas meledak gol menarik menerusi sepakan percuma yang melawan hukum fizik ketika berdepan Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Februari tahun lalu.

Faiz berkata, dia turut gembira dengan anugerah yang diterima penyerang Perancis itu.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Giroud. Dia berhak memenangi anugerah FIFA itu kerana jaringannya unik.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");