Perak Hari Ini

Guna Pencen Penakat Perkeso Untuk Keperluan Anak-Anak

Selama: “Saya langsung tidak menyangka akan terima bayaran Pencen Penakat dari Perkeso, setelah isteri, meninggal akibat kanser Tiroid dunia pada 26 Mei 2011 ,”kata Che Di Lebar 57, dari kampung Ulu Nor Selama.

Dia merupakan suami kepada arwah Siti Zainab Jusof, yang juga bekas pekerja di salah sebuah kilang di Kulim, Kedah.

Menurut Che Di, arwah isterinya itu telah bekerja di kilang tersebut hampir 11 tahun.

“Hari ini, saya bagaikan mimpi, tidak mampu saya ungkapkan bersyukur kepada ALLAH SWT sekurangnya bayaran yang diterima ini untuk pembelanjaan anak bongsu saya Siti Nur Atiqah Che Di 14, yang masih bersekolah melanjutkan pengajian nanti kerana saya hanya bekerja kampung pendapatan tidak menentu.

“Selepas isteri meninggal saya memikul tanggungawab sebagai ibu dan ayah untuk besarkan lima orang anak ketika itu tanpa kenal erti penat selain hadapi pelbagai dugaan dan cabaran.

“Ketika itu, hidup kami anak-beranak agak sukar kerana saya saja mencari nafkah untuk besarkan dan beri pelajaran kepada mereka. Alhamdulilah tiga anak saya telah berkahwin,”katanya yang mengakui masih tidak percaya dengan pemberian Pencen Penakat yang diperoleh sebanyak RM 34, 097.73.

Katanya, dia mengetahui maklumat mengengai Perkeso melalui kawan kepada arwah isterinya berkaitan kemudahan dalam tuntutan perkeso bagi pihak keluarga mereka.

Che Di berkata, wang tunggakan bayaran Pencen Penakat yang diperolehnya itu akan disimpan sebagai bekalan hari tua serta keperluan anak-anak.

“Sebahagian wang penakat ini akan digunakan untuk kenduri kesyukuran” katanya.

Sementara itu, Pengurus Perkeso Taiping, Rafidah Abdul Rahim berkata, pihaknya akan terus mencari pencarum-pencarum seperti keluarga Che Di, bagi tujuan memberikan kepada mereka apa yang sepatutnya dituntut walaupun sudah meninggal dunia.

“Dalam pada itu, pemimpin masyarakat setempat digesa memberikan perhatian terhadap perkara seperti ini bagi mengelakkan ada orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");