Jenayah

Guna WeChat Promosi Pelacur

KUALA TERENGGANU: Tiga lelaki dikesan menggunakan aplikasi WeChat ‘mempromosikan’ wanita warga asing untuk menawarkan khidmat seks kepada lelaki hidung belang di negeri ini.

Selain menetap di sesuatu kawasan selama dua minggu sebelum berpindah sebagai modus operandi bagi mengelak kegiatan mereka dikesan, suspek turut menawarkan harga murah untuk mendapatkan khidmat seks bersama wanita warga asing berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid, berkata suspek mengeksploitasi seorang wanita warga Vietnam berusia 18 tahun sebagai ‘habuan’ dengan bayaran RM180 hingga RM200 untuk setiap sesi.

Bagaimanapun, taktik licik kumpulan terbabit tumpas selepas polis menyerbu sebuah hotel yang dijadikan ‘port’ sementara untuk menjalankan kegiatan mereka di bandar raya ini, Jumaat lalu.

“Ketika serbuan polis merampas beberapa kondom dan wang tunai berjumlah RM380 dipercayai hasil kegiatan tidak bermoral dijalankan suspek.

“Ketiga-tiga suspek berusia 19 hingga 38 tahun terbabit kini direman sehingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007,” katanya pada sidang media di sini, semalam, menurut laporan BH Online.

Mengulas lanjut Fazlisyam berkata, siasatan awal mendapati suspek sudah beroperasi di beberapa negeri menggunakan modus operandi sama, iaitu di Kedah dan Kuala Lumpur.

“Polis percaya wanita warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan itu dipaksa untuk memberikan khidmat seks itu kepada pelanggan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");