Perak Hari Ini

Hamidah Minta SPRM Siasat Dakwaan Syed Saddiq

IPOH:Bekas Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman meminta agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat dan membuktikan kebenaran mengenai dakwaan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman semalam.

Beliau turut menyifatkan dakwaan Syed Saddiq sebagai satu tomahan yang amat berat.

Hamidah terdahulu tiba di perkarangan SPRM Ipoh sekitar jam 9.45 pagi bagi membuat laporan berkenaan tersebut di sini hari ini.

“Saya tampil ke pejabat SPRM Ipoh untuk membuat laporan mengenai isu Syed Saddiq yang mengaitkan saya dengan beberapa perkara termasuk wang sogokan sebanyak RM5 juta.

“Saya perlu tampil supaya siasatan oleh SPRM apa juga tuduhan yang dilemparkan kepada saya dan saya mahu SPRM menyiasat perkara ini supaya dapat menegakkan keadilan dan membongkar kebenaran,” katanya.

Jelasnya lagi dakwaan berkaitan wang sogokan sebanyak RM5 juta itu sudah melampau dan tindakan perlu diambil bagi membersihkan namanya.

“Saya mahu rakyat Malaysia juga tahu apakah kebenaran sebenar adakah hanya berpandu pada cakap seorang Syed Saddiq menukar pandangan luas mengenai Malaysia.

“Laporan dapat membuktikan kebenaran dan ia pembohongan besar yang mana tuan badan sendiri tidak mengetahui mengenainya dan tiada apa-apa tawaran sehingga saya bertindak keluar parti dan meletak jawatan,” katanya.

Hamidah turut menafikam dakwaan tersebut dan menegaskan tidak menerima sebarang tawaran daripada mana-mana pihak

Terdahulu Syed Saddiq menerusi satu sidang media semalam mendakwa Hamidah ditawarkan RM5 juta untuk mengadakan sidang media mengumumkan beliau akan meninggalkan negara dan memburukkan parti dan pimpinannya.

Beliau mendakwa wang itu ditawarkan dengan syarat beliau menyerang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menter Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau juga mendakwa diminta untuk menggambarkan pemimpin PPBM hanya memikirkan perjuangan peribadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");