Isu Panas

Hijrah Ke Parti Lain: Tanda Pilihanraya Makin Dekat

KOTA BHARU – Kenyataan mengenai ahli politik keluar parti dan berlaku penghijrahan ke parti lain sudah dianggap biasa, malah dengan kenyataan seperti itu, ia menandakan pilihanraya umum semakin hampir.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, perkara tersebut bukanlah senario baru dalam politik, sebaliknya berdasarkan pengalaman setiap kali menjelang pilihanraya, akan berlaku penghijrahan.

“Mungkin ada penghijrahan…tetapi bukan dalam skala yang besar seperti yang diperbesar-besarkan. Kalau pihak kita pun, boleh cari orang Umno yang tak puas hati dengan parti itu, kemudian, kita isytiharkan, tetapi kita tidak berbuat demikian.

“Apabila kita menyemak semula, contohnya kes di Tendong (Pasir Mas) baru-baru ini, memang ada di antara mereka yang bermasalah dengan wakil rakyat terdahulu dan wakil rakyat lain, cuma dalam parti, bermasalah macam mana pun, kita tetap jaga.

“Ini kan pula menjelang pilihanraya, setelah dipujuk, mereka mungkin boleh berubah.. namun angka yang ambil tindakan begitu bukan dalam skala besar, malah tindakan itu tak berjaya pun mengambil seluruh pemimpin parti,” katanya lapor Sinar Harian.

Che Abdullah berkata demikian bagi mengulas isu dakwaan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berlaku penghijrahan ahli Pas dalam Umno, baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah gusar dengan dakwaan tersebut atas dasar Pas sebagai sebuah parti khususnya sebagai pembangkang, memang perkara keluar parti itu tidak pelik dan tidak menjejaskan parti.

“Pas tak pandang mudah kerana bagi kita setiap orang pengundi cukup penting, memang ada segelintir yang kecewa dengan macam-macam sebab, cuma kalau jauh dengan pilihanraya, isu itu tidak ditekankan, sebaliknya menjelang pilihanraya, perkara itu diberi tumpuan,” katanya.

Mengenai persedaian senarai calon untuk pilihanraya umum nanti, Che Abdullah mengibaratkan usaha itu ibarat menjelang raya, pihaknya sentiasa bersedia dan mengikuti keputusan yang dibuat di peringkat pusat.

“Kita (Pas) memang menyediakan calon di semua 45 Dun walaupun ada tahaluf siyasi, memang kita sediakan calon, kecuali jika ada perubahan tertentu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");