Isu Panas, Perak Hari Ini

Himpunan Pembangkang Hanya Satu ‘Jenaka’ – Azwan Bro

IPOH: Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, merangkap Ketua Pemuda UMNO Perak, Senator Khairul Azwan Harun menyifatkan Himpunan Anti Kleptokrasi bertemakan ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kelptokrasi’ sebagai satu lagi bahan jenaka pembangkang.

Katanya, himpunan berkenaan dilihat gagal mencapai matlamatnya dek kerana rakyat sudah mula muak dengan isu lapuk yang dibawa Pakatan Harapan.

Angan-angan mereka tinggi dengan meletak sasaran kehadiran penyokong seramai 100,00 orang namun akhirnya kecewa kerana tidak sampai daripada 5,000 orang yang hadir.

Azwan menambah, pembangkang lebih gemar menuduh pihak lain atas sebarang isu daripada menawarkan solusi selain menyifatkan perhimpunan tersebut hanyalah sebagai ‘satu jenaka’.

“Pengundi di Malaysia mencari kepimpinan yang dapat memberi penyelesaian kepada sebarang permasalahan rakyat, namun, Pakatan Harapan dilihat tidak mampu memberi apa-apa melainkan hanya frasa-frasa (ceramah) berbaur ratorik dan anti-Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) sahaja.

“Kini, semakin ramai rakyat menyedari bahawa mereka tidak mampu memberi ‘harapan’ kepada masa depan Malaysia,” katanya.

Tambah Azwan, pimpinan pembangkang pula dilihat seolah-olah mahu mencabar amalan demokrasi negara kerana mendakwa jika mereka kalah pada Pilihanraya Umum kali ini ia adalah kerana berlaku penipuan

“Ini hanya akan menggalakan polarisasi politik yang akhrinya akan merosakkan kestabilan demokrasi negara kita.

“Tidak hairanlah mengapa jumlah kehadiran orang ramai (pada perhimpunan tersebut),  jauh di bawah jangkaan,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");