Perak Hari Ini

Hina Sultan Perak Di Twitter, Calon STPM Didenda

IPOH: Seorang pelajar dari hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh kerana menghina Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah, pada 13 Oktober lalu.

Dia yang merupakan calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Muar, Johor itu melakukan kesalahan tersebut melalui akaun Twitter miliknya pada sekitar jam 10.30 malam, di Bandar Baru Medan Ipoh.

Remaja itu didakwa menggunakan aplikasi Twitter secara sedar membuat dan menghantar komen bersifat jelik iaitu ‘Sultan Perak pun bodoh’ di laman http://mobile.twitter.com/farhaleigh dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Tertuduh yang diwakili peguam Awatif Ahmad Bashir dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBJK), mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras, di hadapan Majisteret, Siti Hafizah Jaafar.

Dia didakwa dibawah Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi Multimeida 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Sabit kesalahan dia boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi setahun, atau kedua-duanya sekali.

Atas faktor tertuduh masih diusia muda, hukuman penjara dikurangkan kepada tiga bulan, jika gagal membayar denda.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Majisteret sempat menanyakan remaja terbabit berkenaan rukun negara.

“Sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai rukun negara.

“Awak (tertuduh) telah menyalahi prinsip kelima iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’.

“Berdasarkan pertuduhan, sepatutnya awak boleh dipenjarakan tetapi disebabkan usia yang masih muda, mahkamah cuba menghindarkan hukuman itu demi masa depan kamu.

“Diharap hukuman ini bukan sahaja dapat memberi pengajaran kepada kamu, malah kepada masyarakat agar mengelakan dari memfitnah mahupun mengeluarkan kata-kata jelik ke atas mana-mana individu lain (khususnya menerusi laman sosial),” katanya.

Terdahulu, pelajar berkenaan ditangkap pada 16 Oktober selepas polis menerima enam laporan pada Sabtu lepas yang melibatkan kes menghina Sultan Nazrin yang tular di laman sosial.

Walau bagaimanapun, dikatakan remaja berkenaan memohon maaf menerusi laman Twitter dan Facebook miliknya sejurus selepas menyedari dan mengakui kesalahan yang dilakukanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");