Membawang Hari Ini

Idayu Teringin Lagu Dimainkan Di Radio

SHAH ALAM: Penyanyi Idayu akui gelaran juara AF Megastar yang diterimanya menjadi titik tolak dan pembakar semangat untuk terus aktif dalam bidang nyanyian.

Idayu berkata, selepas ini dia bakal menunaikan beberapa impiannya yang telah terpendam selama 12 tahun dan belum tercapai.

“Selepas ini, saya akan seberapa yang pantas kembali aktif sebagai penyanyi dan tidak mahu menghampakan peminat saya yang sudah mula menghargai bakat saya.

“Saya mahu tunaikan beberapa impian saya yang saya pendam selama 12 tahun lalu.

“Saya tidak akan buang masa dan akan segera proses dengan album terbaharu saya serta terus aktif di kaca televisyen.

“Perkara paling saya idamkan juga saya mahu lagu nyanyian saya dimainkan di radio yang mana saya pasti setiap penyanyi mengimpikan perkara yang sama.

“Saya tidak akan sia-siakan peluang yang ada dan akan teruskan impian saya untuk menjadi penyanyi,” katanya kepada Astro Gempak.

Idayu ditemui selepas Konsert AF Megastar Akhir yang diadakan di Royal Teater Shah Alam, malam semalam.

Malam kemuncak AF Megastar menyaksikan Idayu dinobatkan sebagai juara sekaligus menewaskan Bob, Syamel, Marsha dan Shahir.

Sementara itu, Idayu memberitahu dia masih belum membuat keputusan untuk berada dalam mana-mana syarikat pengurusan kerana selesa bergerak bersama suaminya.

“Saya akui memang banyak syarikat pengurusan yang datang dan menawarkan diri untuk menguruskan kerjaya saya.

“Tetapi saya masih belum memikirkannya lagi kerana selama ini saya selesa bergerak dan diuruskan suami.

“Apa-apa pun kami akan memikirkannya nanti,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");