Perak Hari Ini

Iklan Pinjaman Guna Nombor Telefon Individu Palsu

IPOH: Sebanyak 5,000 iklan pinjaman wang tanpa lesen sekitar Ipoh diturunkan polis dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam ‘Op Vulture’ yang berlangsung pada 24 Oktober lalu hingga hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Abdul Rani Alias berkata pihak Polis telah menerima sejumlah 99 aduan berkaitan dengan pemberi pinjaman wang dengan sebanyak 68 tangkapan sejak Januari tahun ini.

“Kebanyakkan mereka (peminjam) diugut melalui panggilan telefon, ada yang datang mengertak mangsa di rumah dan setakat ini tangkapan melibatkan umur suspek sekitar umur 20 -30 tahun,”katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ipoh, hari ini.

Katanya, menerusi risikan dan siasatan dijalankan pihak Polis mendapati nombor tertera pada iklan tersebut tidak mengikut prosedur pendaftaran yang betul malah kebanyakkan nombor pemilik yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan Ah long.

“Pihak Polis mendapati nombor yang digunakan itu pemiliknya terdiri daripada penagih dadah dan warga asing kerana identiti pemilik nombor tidak dapat dikesan malah tidak disenaraikan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang Wang 1951 dan Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Wang 1951.

Terdahulu operasi itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen (JSJK) Perak dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan dan Jabatan Pelesenan MBI melibatkan lokasi di sekitar kawsan Bercham,Kampung Rapat, Mengelembu dan Tambun.

Orang ramai dinasihati supaya tidak terpengaruh dengan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen kerana akan menyusahkan mereka di kemudian hari apabila dikenakan kadar faedah yang tinggi termasuk ada yang sehingga mencecah 100 peratus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");