Membawang Hari Ini

Ini Respon Tiz Zaqyah Bila Dilabel ‘Kaki Komplen’!

EKORAN satu pendapat yang diberikan oleh pelakon Tiz Zaqyah menerusi aplikasi InstaStory di laman Instagramnya mengenai Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi telah membidas kembali kenyataan pelakon Nur Kasihitu.

Namun, Tiz sekali lagi memberi kenyataan balas terhadap respon yang diberikan presiden Seniman itu, juga menerusi entri Instagram.

Kata Tiz, pendapat yang diutarakannya sebelum ini hanya untuk mempertahankan haknya dan rakan-rakan artis yang lain sebagai seorang ahli Seniman.

Entri yang dimuat naik sebelum ini juga turut mempersoalkan apakah manfaat yang diperoleh daripada Seniman selain membayar dan memperbaharui kad keahlian supaya dapat berlakon selepas kad ahli tersebut telah tamat tempoh.

Dia turut menyatakan yang mereka, ahli-ahli Seniman tidak mendapat perkembangan tentang aktiviti Seniman dan tidak mempunyai sistem yang betul untuk berhubung terus dengan kesatuan itu.

Tiz turut menyatakan dia memilih media sosial sebagai medium untuk menyatakan pendapat kerana nilai ketelusan medium itu.

Tambah pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2016 ini lagi, dia mengharapkan Seniman akan menjaga kebajikan ahli contohnya dalam soal waktu kerja.

Ini kerana Tiz menyatakan ramai kru yang bekerja lebih masa demi menjayakan sesuatu naskhah.

“Berapa ramai ahli yang kita telah hilang kerana terlalu sibuk bekerja? Saya kehilangan rakan baik saya kerana minat dan terlampau komited sampai sakit dan tak nak pergi hospital sebab nak habiskan kerja,” tulisnya.

Menyelar kritikan yang mengatakan kononnya Tiz hanya tahu mencari kesalahan, Tiz menjelaskan soalan-soalan tersebut telah dikemukan oleh beberapa ahli yang lain tapi tiada kata putus yang dibuat.

Dalam pada itu, Tiz meminta maaf sekiranya dia terkasar bahasa kerana apa yang diperkatakan kerana mengambil berat tentang ahli-ahli dan kru yang lain.

Walaupun begitu, Tiz tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya dengan maklum balas yang diberikan Zed kerana baginya Zed selaku presiden seharusnya memberikan sokongan kepada mereka supaya lebih maju dalam industri.

Oleh itu, dia mengharapkan Zed untuk merealisasikan apa yang sepatutnya kerana barisan artis mempercayai dengan kredibiliti yang dimilikinya supaya industri hiburan tanah air ada peningkatan dan kemajuan.

Kenyataan yang diberikan Tiz sebelum ini mendapat sokongan daripada pelakon Sharifah Amani. Menerusi laman Twitternya, Amani berterima kasih kerana Tiz telah mewakili artis lain melontarkan pendapat dan masalah yang dihadapi mereka selama ini.

Amani juga ada berkongsi yang sebelum ini dia dan beberapa pelakon lain pernah untuk menjadi ahli jawatankuasa Seniman pada tahun 2014 namun perkara itu tidak kesampaian dan sampai sekarang dia tidak mengetahui apa yang terjadi dalam kesatuan itu.

Isu ini seharusnya diselesaikan dengan secepat mungkin supaya tiada lagi adegan tuding menuding dan saling menyalahkan antara satu sama lain supaya industri hiburan negara ini dikenali kerana kemajuan yang dicapai bukan kerana hal-hal negatif. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");