Perak Hari Ini

Ipoh Car Free Day: ISMA Ambil Peluang Adakan Kempen Kesedaran Bahasa Secara Santai

IPOH: Bersempena dengan penganjuran Hari Tanpa Kereta di Ipoh ataupun Ipoh Car Free Day (CFD), oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang diadakan pagi ini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Perak turut mengambil kesempatan dengan membuka gerai pameran bagi mendekatkan pertubuhan itu dengan masyarakat.

Timbalan Mufti Perak,  Zamri Hashim berkata penyertaan ISMA pada kali ini mengangkat ‘Bahasa Kebangsaan, Bahasa Perpaduan’ sebagai tema.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada MBI kerana tidak pernah jemu menjemput kami untuk menyertai program ini sejak ia diadakan di peringkat awal lagi dan ISMA merupakan satu-satunya Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang ada di sini.

 

“Kita mengambil tema berkenaan dengan bahasa kebangsaan ini kerana hendak menanam kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan bahasa ini sebagai ajen perpaduan kita yang mana kita lihat sekarang ini, ada sesetengah masyarakat mula meminggirkan Bahasa Malaysia ini.

“Selain itu, hari ini, ISMA turut membuka sesi mempelajari jawi kepada orang ramai yang hadir,” katanya.

Tambahnya lagi, NGO tersebut turut mengadakan sesi soal jawab berkaitan agama Islam, aktiviti memanah, gerai pameran Aman Palestin, pameran tokoh-tokoh Islam tempatan dan juga aktiviti sukan futsal yang mana MBI telah menaja sebanyak lapan tiang gol futsal mini kepada organisasi tersebut.

Beliau yang juga Yang Di Pertua ISMA Ipoh berkata, pertubuhan itu turut mengadakan Klinik Al-Fatihah di mana menyediakan ruang orang ramai untuk memperbetulkan bacaan ayat suci tersebut untuk tujuan harian dan juga penekanan dalam sembahyang.

“Kita tahu, Surah Al-Fatihah ini salah satu rukun dalam sembahyang dan kita beri peluang kepada masyarakat untuk membetulkan bacaanya dengan secara santai,” ujarnya.

 

Pada perkembangan sama, Zulkarnain Muhammad, urus setia CFD berkata, penganjuran yang memasuki siri ke-23 dan penganuran tahun kedua pada kali ini mendapat sabutan yang menggalakkan.

“Pada hari ini, kita menerima penyertaan daripada pihak Team Keris Berhad,  yang mana turut bersama-sama mengambil kesempatan CFD ini dengan mengadakan hari keluarga mereka.

“Selain itu, Kelab Basikal Klasik Kinta juga hadir menyertai program kita  hari ini,” katanya ketika ditemui di progam ini di Jalan Raja Dihilir, di sini.

 

Program yang bermula sekitar jam 7.00 pagi itu disertai kira-kira 7,000 peserta dari segenap lapisan masyarakat.

Selain itu, urus setia CDF dan semua agensi terlibat mengucapkan tahniah kepada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man kerena menerima anugerah Pengurus Destinasi Terbaik bersempena dengan Pehimpunan Agung bagi Mempromosikan Pelancongan Bandar Raya Asia Pasifik (TPO) kali ke-8, di Tongyeong City, Korea Selatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");