Berita Hari Ini

Israel Letupkan Terowong, 6 Pejuang Palestin Terkorban

GAZA: Enam pejuang Palestin terkorban semalam apabila Israel meletupkan apa yang dikatakan terowong yang digali sepanjang sempadan Semenanjung Gaza.

Sumber pergerakan pejuang Jihad Islam berkata, ketua sayap bersenjata kumpulan itu di tengah Gaza, Arafat Abu Marshould, terbunuh bersama-sama pembantu kanan dan dua lagi pejuang.

Memetik laporan BH Online, kumpulan itu berkata, ia meletakkan pejuangnya dalam keadaan amat berjaga-jaga.

Sayap bersenjata pergerakan Hamas pula berkata, dua pejuangnya terkorban ketika cuba menyelamatkan anggota Jihad Islam yang bekerja dalam terowong berkenaan.

Pegawai kesihatan Gaza berkata sembilan lagi cedera.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam kenyataan kepada ahli perundangan parti Likud pimpinannya, berkata ‘teknologi maju’ membantu penemuan terowong itu tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Israel sedang membina tembok bawah tanah dilengkapi pengesan sepanjang 60 kilometer sempadan Gaza, mensasarkan untuk melengkapkan projek bernilai AS$1.1 bilion (RM4.66 bilion) itu menjelang pertengahan 2019.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Jonathan Conricus, berkata terowong yang dimusnahkan semalam dalam proses digali dari bandar Khan Younis ke sempadan, lokasi ia diletupkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");