Membawang Hari Ini

Isteri Harith Iskander Genggam Ijazah PhD Stem Sel, Kejuruteraan Tisu

TAHNIAH diucapkan kepada isteri kepada pelawak terkenal tanah air, Harith Iskander iaitu Dr. Jezamin Lim atas kurniaan ijazah doktor falsafah PhD oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bukan sekadar menerima gelaran Doktor sahaja malahan, menurut Klick.My, Dr. Jezamine Lim merupakan wanita pertama yang berjaya memegang ijazah PhD dalam bidang Stem Sel Dan Kejuruteraan Tisu.

Dalam perkongsian di laman Instagram, Jezamine mengucapkan terima kasih atas sokongan dan pengorbanan tidak berbelah bagi diberikan suami tercinta selain ibu bapa serta adik beradiknya yang banyak membantu.

“Saya wanita pertama memegang ijazah PhD dalam bidang ini di UKM, hari yang panjang buat saya dan Harith, terima kasih kerana menerima saya seadanya, untuk membenarkan saya bersendirian untuk menulis thesis, dia ada bersama, dia selalu mendengar ‘drama’ makmal saya (hingga ke hari ini saya rasa dia tidak faham apa-apa pun mengenainya), dia penyokong setia saya, dia mengelap air mata dan menenami saya pada saat sukar,” tulisnya.

Sementara itu Harith turut memuat naik kapsyen penghargaan kepada Jezamine di laman Instagramnya.

Menurut Harith, Jezamine merupakan wanita paling kental dan tak mudah mengalah yang pernah dikenalinya, kerana banyak yang dilalui isterinya itu sejak memulakan perjalanan PhD enam tahun lalu.

“Dia memulakannya enam tahun lepas, dalam tempoh itu dia turut melahirkan tiga anak comel kami, menghasilkan dua festival komedi antarabangsa dan menguruskan seorang pelawak (saya) hingga dinobatkan sebagai manusia paling kelakar di dunia oleh Laugh Factory’s Funniest.

“Hari ini dia menjadi wanita pertama memperoleh ijazah dalam bidang  Stem Sel Dan Kejuruteraan Tisu, saya sangat bangga dengannya, dia contoh sebenar jika anda meletakkan impian di depan, anda pasti boleh capainya, Dr Jezamine, awak hero saya, ” tulis Harith.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");