Perak Hari Ini

Isu Pengundi Hantu: Cerita Ulangan Pembangkang

IPOH:Pendedahan pembangkang yang mendakwa kononnya wujud 165,000 pengundi hantu di Perak hanyalah cerita ulangan pihak pembangkang bagi menakutkan dan mengelirukan rakyat.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali membidas dakwaan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan menyatakan bahawa dakwaan berkenaan membuktikan pihak pembangkang sudah ‘panik’ menjelang pilihan raya umum kelak.

“Pembangkang terutama DAP sudah panik dengan sokongan rakyat yang makin jelas sekarang serta kegagalan pembangkang

“Apabila menganjurkan perhimpunan juga mereka gagal menarik ramai orang untuk memberi sokongan,” katanya kepada Peraktoday hari ini.

Jelasnya, sekiranya pihak pembangkang mempunyai bukti kukuh berkaitan pengundi hantu mereka perlu tampil membuktikannya.

“Usaha mereka bagi memburukkan kerajaan dan Barisan Nasional bagaimanapun rakyat sekarang sudah bijak menilai mana benar dan mana dusta,” katanya.

Pembangkang juga katanya kelihatan sudah kehabisan idea dan panik untuk berhadapan sebarang kemungkinan iaitu kekalah pada PRU ke-14.

“Jadi apa saja yang boleh lemahkan kerajaan dan kelirukan rakyat bakal diulang balik seolah nyawa pembangkang sudah berada di hujung tanduk,” katanya.

Jelasnya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkara termasuk kebajikan membantu rakyat sehingga ke hari ini.

“Sepatutnya kerajaan saman mereka yang bercakap dusta…jika jelas tiada bukti kerana perumpamaan ada menyebut sebab mulut badan binasa.

“Rakyat pastinya tidak boleh terima penipu dan pendusta jadi Pemimpin negara jadi pembangkang lebih baik senyap dan hentikan cerita dusta sebelum pihak Kerajaan mengambil tindakan undang undang yang sewajarnya,” katanya.

Sementara itu bagi Ketua Puteri Umno Perak, Salbiah Mohamed menyifatkan dakwaan itu satu taktik lapuk pembangkang bagi mencetuskan isu dan persepsi buruk sahaja.

“Jumlah 165 ribu itu angka dari mana. Sekadar untuk menunjukkan kononnya berlaku penyelewengan dalam urusan daftar pengundi ini adalah taktik lapuk pembangkang utk mencetuskan isu dan persepsi buruk semata mata.

“Apa yg pasti mereka cuba menutup kelemahan mereka dgn mencipta isu-isu kerana DAP hanya hidup atas isu dan tidak punya jentera untuk urus pengundi sampai ke peringkat akar umbi,”katanya.

Jelasnya lagi, isu pengundi hantu sebenarnya tidak wujud tetapi sebaliknya yang akan muncul dan wujud terutama pada pilihan raya ialah wakil rakyat hantu (DAP) seperti Nga Kor Ming dan kuncu- kuncunya.

“Mereka sendiri tidak menjalankan tanggungjawab kepada orang yang telah mengundi mereka tapi tiba-tiba mereka hadir nak jadi juara apabila tiba PRU semula.

“Saya harap rakyat sedar dengan taktik-taktik kotor yang dimainkan oleh mereka.

“Fitnah dan menghasut umpama makanan harian mereka .Kalau tak wujudkan fitnah atau bangkitkan kemarahan rakyat saya rasa ada mereka akan yang akan sakit,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");