Isu Panas

Jangan Ada Sabotaj Dalam Harapan: Mat Sabu

ALOR SETAR – Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengingatkan rakan pakatan supaya tidak berlaku usaha mensabotaj sesama sendiri menjelang PRU14.

Katanya, semua ahli Harapan juga diingatkan supaya tidak mengulangi kesilapan lalu yang pernah dilakukan ketika bergabung bawah Pakatan Rakyat.

“Saya gesa semua ahli parti tidak taksub dengan politik Pas, sebab kita pun dulu sebumbung. Gabungan baru Pakatan Harapan mestilah bebas daripada unsur khianat atau bersikap tidak jujur seperti yang pernah berlaku dalam Pakatan Rakyat,” katanya, ketika pidato presiden, merasmikan Kovensyen Nasional Amanah lapor Sinar Harian.

Bekas Timbalan Presiden Pas yang lebih dikenali sebagai Mat Sabut itu berkata, kesemua rakan pakatan hendaklah menggembeling tenaga dan memberi fokus untuk menawan Putrajaya.

“Masalah-masalah lama yang pernah berlaku dalam Pakatan Rakyat, kebanyakan angkara Pas. Jadilah ia sejarah untuk kita insafi dan tidak ulangi,” katanya.

Menurutnya, Amanah wajar memainkan peranan bagi memastikan tidak berlaku pertindihan kerusi dalam Pakatan Harapan untuk menentang BN.

“Jangan ada walau satu kerusi yang ditandingi antara parti dalam Pakatan Harapan. Jangan ada mana-mana kerusi tidak menyokong atau mengundi calon Pakatan Harapan, seperti pernah dilakukan Pas di Machang, Ketereh dan Tanah Merah, ” katanya.

Mat Sabu berkata, pembahagian kerusi PRU14 belum dimuktamadkan antara empat parti, namun rundingan untuk menyelesaikan beberapa perkara bertindih berjalan lancar.

“Belum ada parti yang mampu kalahkan BN secara sendirian, sama ada DAP, PKR, Amanah atau Bersatu, apatah lagi Pas. Jadi kita tidak perlu lagi harapkan Pas untuk bantu tumbangkan BN. Marilah kita tinggalkan cara pemikiran dangkal dan angkuh Pas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");