Isu Panas

Jangan Percaya Bulat-Bulat Khabar Angin

PENGUNDI hari ini lebih bersedia dan bijak menilai khabar angin yang tular di laman sosial terutama melibatkan kisah politik dan serangan terhadap individu tertentu.

Ahli Parlimen Ledang, Datuk Ir Dr Hamim Samuri berkata, isu serangan peribadi dalam pilihan raya akan terus terjadi kerana perkara itu modal paling senang dan mudah dilakukan.

Menurutnya, paling penting adalah setiap calon perlu bersedia dan menjaga diri masing-masing agar tidak terdedah kepada dan fitnah seperti ini sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.

“Cara terbaik menghalang serangan peribadi ini adalah dengan cara menangkisnya segera dan menggunakan medium sama contohnya seperti media sosial. Kita sedia maklum pada hari ini media sosial amat berbahaya kerana orang ramai lebih mudah terpengaruh.

“Saya juga ingin menasihatkan orang ramai supaya periksa semula apa sahaja yang tular di laman sosial, kerana kita tidak mahu menyambung fitnah,” katanya lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kempen pilihan raya yang memfokuskan kepada serangan peribadi tidak membawa manfaat, malah lebih kepada keburukan dan kerugian kepada parti serta calon.

Katanya, kempen politik seperti ini hanya akan memberi kesan luka yang dalam kepada mangsa dan keluarga khasnya dan masyarakat umumnya.

“Saya menolak sebarang bentuk kempen politik yang menyerang peribadi. Seharusnya semua pihak perlu mempamerkan kelebihan calon masing-masing dan menghormati calon lawan.

“Ia juga tidak membawa kepada penyatuan ummah dan masyarakat malah akan menjejaskan hubungan masyarakat,” katanya.

Selain itu kata Mas Ermieyati, pihaknya tidak akan turut sama mengikut rentak pihak lawan yang mendendangkan kempen cara negatif ini.

“Kita perlu fokus dan kempen secara positif perlu dijadikan agenda utama sewaktu berkempen,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");