Sukan Hari Ini

Janji Super KIP

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Khairul Idham Pawi berjanji akan melakukan tunggangan terbaik apabila berlumba di hadapan peminat sendiri dalam kategori Moto2 pada Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad ini.

Memetik laporan BH Online, pelumba Idemitsu Honda Team Asia itu bagaimanapun enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi biarpun beraksi di SIC kerana menyifatkan dia masih lagi sedang belajar dan membiasakan diri dengan jentera Moto2.

Khairul Idham atau dikenali Super KIP menegaskan dia memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan jentera dan litar kerana tidak sampai setahun beralih daripada Moto3.
“Saya sudah belajar daripada kesilapan dalam perlumbaan sebelum ini dan harap mampu mempamerkan aksi terbaik dan mengutip mata apabila berlumba di Sepang hujung minggu ini.

“Saya harap dua perlumbaan terakhir musim ini mampu memberi bekalan terbaik untuk saya lebih menyerlah menghadapi cabaran Moto2 musim depan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Untuk rekod, sehingga kini Khairul Idham sudah mengumpul 10 mata selepas tamat 16 perlumbaan dan dalam perlumbaan di Jepun minggu lalu, dia menduduki tangga ke-23 tatkala musim 2017 hanya berbaki dua pusingan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");