Sukan Hari Ini

Jaringan Lewat Ronaldo Selamatkan Real

MADRID: Cristiano Ronaldo meledak gol pertamanya dalam kempen La Liga musim ini untuk menyelamatkan Real Madrid daripada terus tercicir dalam pemburuan kejuaraan dengan kemenangan sukar 2-1 ke atas Getafe, awal pagi tadi.

Real tampak berada di landasan selesa untuk meraih tiga mata apabila Karim Benzema meletakkan pelawat di depan pada babak pertama.

Begitupun, Jorge Molina menyamakan kedudukan pada awal babak kedua sebelum jaringan Ronaldo lima minit sebelum perlawanan berakhir memberikan kelegaan buat juara Eropah itu.

Kemenangan meletakkan Real di tangga kedua La Liga dengan ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Barcelona yang diikat Atletico Madrid 1-1 di laman lawan pada aksi lebih lewat.

“Permainan berlangsung selama 90 minit dan kami tahu yang kami boleh menjaringkan gol pada bila-bila masa,” kata bos Real, Zinedine Zidane.

“10 minit pertama babak kedua memberikan banyak masalah kepada kami namun dengan masa dan kesabaran kami tahu kami boleh mengubah permainan dan kami melakukannya.”

Di sebalik ketiadaan Gareth Bale, Dani Carvajal dan Keylor Navas susulan kecederaan atau tidak sihat, Zidane begitupun membuat keputusan mengejutkan apabila meninggalkan Luka Modric dan Isco di bangku simpanan.

Begitupun, keputusan pengendali dari Perancis itu tampak memakan diri apabila skuad bimbingannya menampilkan prestasi longlai dalam kempen La Liga.

Tindakan Zidane merehatkan beberapa tonggaknya itu adalah disebabkan tugasan antarabangsa selain Real dijadual menentang kelab Inggeris, Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Juara-Juara Rabu ini. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");