shadow

Sepang- Penerbangan MH8325 yang membawa 268 jemaah Haji terakhir dari Jeddah selamat tiba di KLIA pada pukul 12.45 tengahari.

Kumpulan terakhir ini berlepas dari Jeddah pada 04 Oktober 2017 pukul 10:25 malam (waktu Arab Saudi).

Ketibaan jemaah yang keluar dari balai ketibaan disambut oleh ahli keluarga dan saudara-mara masing-masing yang sudah berada di KLIA sejak awal lagi.

Pengerusi Tabung Haji, Dato’ Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim turut berkesempatan menyempurnakan majlis sambutan ketibaan pulang kumpulan terakhir Jemaah Haji Musim Haji 1438H/2017M di KLIA.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Pengurusan Kanan TH serta dif-dif kehormat lain.

 

 

 

 

Komen & Pendapat