Berita Hari Ini

Johor Tolak Permohonan Pesta Arak Di Lokasi Terbuka

JOHOR BAHRU: Jangan besar-besarkan penganjuran pesta arak di sebuah hotel di bandar raya ini kerana ia dijadikan secara tertutup dan tidak terbuka kepada orang ramai.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata penganjuran program itu dibuat di lokasi itu sahaja dan tidak menjemput orang ramai atau diadakan secara terbuka.

“Benda ini sudah lama dibuat dan tidak diwar-warkan atau dihebah macam tu. Dia buat di lokasi itu sahaja dan bukan seperti di sesetengah negeri buat yang memang menjemput orang ramai, secara terbuka.

“Jadi kita tidak perlu membesar-besarkan perkara itu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) dengan Industri Minyak dan Gas, di sini hari ini.

Kelmarin, poster menunjukkan acara pesta minuman keras itu yang akan diadakan di sebuah hotel di bandar raya ini pada 13 dan 14 Oktober ini mulai jam 7 malam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md Jais Sarday, berkata kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang permit penganjuran pesta minuman keras yang kini menjadi viral dalam laman sosial kononnya bakal diadakan di sebuah hotel dalam bandar raya ini.

Katanya, kerajaan negeri menerusi Pejabat Daerah tidak akan meluluskan permohonan, menyokong atau mengeluarkan permit bagi penganjuran pesta minuman keras untuk diadakan di Johor.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan Pejabat Daerah Johor Bahru menasihatkan penganjur pesta berkenaan untuk tidak membuat sebarang pesta minuman keras secara terbuka, sebaliknya hanya minum di tempat yang dibenarkan mengikut lesen premis.

“Saya sudah semak dan hotel berkenaan mempunyai premis yang memiliki lesen dan permit menjual minuman keras, bagaimanapun isu yang berlaku sekarang adalah pihak penganjur mahu mengadakan pesta minuman keras itu di dewan terbuka dalam hotel berkenaan.

“Pejabat Daerah Johor Bahru sudah diarahkan menasihat pihak penganjur untuk membatalkan acara berkenaan selain menjaga sensitiviti masyarakat di negeri ini,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Md Jais berkata, pesta minuman keras bukan budaya masyarakat negara ini dan di Johor yang memiliki pelbagai kaum dan beliau menasihatkan orang ramai atau penganjur untuk menjaga sensitiviti itu.

“Kerajaan negeri tetap dengan pendirian tegas untuk tidak membenarkan mana-mana permohonan penganjuran pesta seperti itu untuk diadakan dalam Johor,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");