Sukan Hari Ini

Jun Hao Masih Perlu Buktikan Keupayaan – Rashid

MALAYSIA boleh berasa teruja dengan kehadiran Leong Jun Hao sebagai permata baru perseorangan badminton lelaki negara, namun perlu berwaspada dengan kemungkinan dia sekadar menjadi penambahan dalam senarai panjang sebagai prospek pengganti Datuk Lee Chong Wei.

Itu pandangan tanpa prejudis yang ditawarkan bekas jurulatih perseorangan lelaki negara, Rashid Sidek, yang sudah melihat begitu ramai bakat remaja gagal di pentas senior.

Jun Hao akan menamatkan musim 2017 sebagai juara remaja Asia dan naib juara remaja dunia. Secara tidak langsung, ia meletakkan namanya sebaris dengan prospek berbakat terdahulu, Soo Teck Zhi, Arif Latif dan Zulfadli Zulkifli antaranya.

“Perkara yang paling penting adalah komitmen dan kekuatan mental untuk menghadapi saingan senior. 

“Saingan remaja dan senior berbeza, bagaikan langit dengan bumi. Jun Hao perlu mempertingkatkan lagi mutu permainannya supaya tidak ketinggalan,” kata bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 itu, lapor Stadium Astro.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga memiliki prospek berbakat menerusi kehadiran Chen Tang Jie yang dipancing daripada Kelab Badminton Petaling untuk memperkuatkan skuad beregu campuran.

Berbeza dengan Jun Hao, bekas ketua jurulatih negara dan mentor Tang Jie, iaitu Yap Kim Hock, tidak meragui kemampuan anak buahnya itu menjadi aset buat skuad kebangsaan.

“Jika pemain kelab terpilih berkhidmat untuk negara, saya sangat berbangga kerana dapat melahirkan pemain seperti Tang Jie. Dia harus menggunakan peluang yang ada untuk mempamerkan aksi cemerlang,” kata Kim Hock.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");