Sukan Hari Ini

Kami Pasukan Piala Dunia: Shukri

DHAKA: “Kami pasukan Piala Dunia, jadi kami mesti membuktikannya,” itu kata kapten skuad hoki Malaysia, Shukri Mutalib mengenai saingan di Piala Asia, di sini.

Keyakinan tinggi itu disuarakan Shukri selepas skuad negara menumbangkan China 7-1 dan bakal berdepan Korea Selatan selepas ini.

“Masa sudah berubah, semua pasukan mula memerhatikan kami dan kami mesti memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

“Kami pernah menumbangkan China, India dan Korea Selatan di Liga Hoki Dunia di London. Kami tidak boleh membiarkan mereka mengalahkan kami,” katanya.

Ketika aksi separuh akhir di London itu, Malaysia menundukkan China 5-1, Korea Selatan 1-0 dan India 3-2 untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.

Menamatkan saingan di tangga keempat, Malaysia berada di kedudukan lebih baik berbanding pasukan Asia yang lain – India (keenam), Pakistan (ketujuh), China (kelapan), dan Korea Selatan (kesembilan).

“Pengalaman serta semangat bertarung di London mesti dibangkitkan semula. Ketika pasukan Asia lain gagal menyerlah, kami berjaya mencapai prestasi terbaik.

“Ada beberapa perubahan kecil dalam skuad di Sukan Asia ini, tetapi semua pasukan lain juga melakukan perubahan. Jadi, kami mesti kekalkan momentum untuk mencapai sasaran untuk melangkah ke final Piala Asia buat pertama kalinya,” kata Shukri.

Sepanjang sembilan edisi di Piala Asia, Malaysia pernah melangkah ke separuh akhir sebanyak enam kali dan hanya meraih pingat gangsa di Chennai pada 2007.

Berdasarkan prestasi semasa, Shukri dan rakan sepasukan dilihat berpeluang cerah untuk mengubah statistik berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");