Berita Hari Ini

Kapten Izham CEO Baharu MAB

PETALING JAYA: Kapten Izham Ismail dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan baharu Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Beliau yang merupakan ketua pegawai operasi (COO) kumpulan MAB dilantik memegang jawatan baharu berkenaan bagi menggantikan Peter Bellew.

Kapten Izham turut dilantik sebagai pengarah eksekutif kumpulan.

MAB dalam satu kenyataan memberitahu, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk tempoh enam bulan bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar.

“Ia akan diketuai oleh Pengerusi Tan Sri Md Nor Yusof dan akan termasuk ahli lembaga pengarah Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng, Tan Sri Zamzamzairani Isa dan Sheranjiv Sammanthan,” menurut MAB lapor The Star.

Katanya Izham telah memainkan peranan yang penting kepada usaha pemulihan berterusan syarikat penerbangan itu.

“Sebagai COO, beliau bertanggungjawab bagi bahagian operasi, yang termasuk operasi penerbangan dan lapangan terbang serta kejuruteraan.

“Beliau mengetuai penyusunan semula bahagian kejuruteraan bagi operasi yang lebih cekap dan lancar, serta bertanggungjawab bagi inisiatif penjimatan bahan api syarikat penerbangan itu,” menurut MAB.

Kapten Izham yang ketika ini merupakan ketua pegawai operasi (COO) syarikat akan mengambil alih peranan baharu pada 1 Disember depan berikutan penghijrahan Peter ke Ryanair.

Bellew yang kini diletakkan di bawah cuti pentadbiran.

Kapten Izham mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam industri penerbangan, dan memulakan kerjayanya bersama Malaysia Airlines sebagai juruterbang pada 1979.

Beliau pernah memecahkan rekod penerbangan dunia apabila menerbangkan pesawat pertama B777-200 MAS dari Seattle ke Kuala Lumpur dan kembali ke Seattle.

Penerbangan tersebut mencatatkan sejarah dunia sebagai penerbangan paling panjang dan pantas dilakukan oleh sebuah syarikat penerbangan komersial dengan jumlah keseluruhan waktu penerbangan adalah 41 jam 59 minit dengan jarak sejauh 23,310 batu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");