Perak Hari Ini

Kejutan, Seram Dalam ‘House Of Dolls’ Lost World Of Tambun

IPOH:’Seram dan Mengujakan’ dua perkataan yang boleh digambarkan oleh penulis selepas merasai sendiri pengalaman ‘House Of Dolls’ istimewa ‘Spooky Halloween’ bagi bulan Oktober di Lost World of Tambun (LWOT).

Pengunjung dapat melihat sendiri pelbagai watak patung-patung hidup beraksi dalam persembahan ‘House Of Dolls’ yang pastinya menghiburkan apabila mereka rancak menari mengikut rentak alunan muzik.

Bukan itu sahaja, anda pastinya akan menjerit apabila melalui bilik gelap dan seram di Spooky Alley yang dibuka setiap hari sehingga hujung bulan ini sahaja.

Pintu masuk ke ‘Spooky Alley’
Antara reaksi pengunjung yang berkunjung ke ‘Spooky Alley’
Waktu operasi ‘Spooky Alley’

Hidangan bertemakan Halloween juga pastinya memberi pengalaman dan selera baru kepada anda jika berani mencubanya.

Hidangan makan malam bertemakan Halloween

Pelbagai aktiviti, permainan dan hadiah yang turut menarik menanti anda malah anda juga berpeluang bermain pelbagai aktiviti seperti Tick Tac Toe, Trick or Treat, Witch Broom Hook, Jack O Scares dan Dolls Alive!

Antara yang mungkin mencuri tumpuan bagi kali ini, iaitu persembahan House of Dolls yang menampilkan watak Sebastian, seorang pencipta boneka berusia 64 tahun yang hidup bersendirian di dalam hutan.

Ceritanya bermula apabila pada satu malam dan ribut melanda, pasangan, Jack dan Audrey, berteduh di rumah Sebastian selepas kereta mereka mengalami kerosakan.

Bagaimanakah kisah ini berlaku dan berakhir? anda boleh datang dan menontonnya sendiri di LWOT Oktober ini!

Untuk pertanyaan lanjut, boleh melayari laman web https://sunwaylostworldoftambun.com/ atau menghubungi talian 605-542 8888.

Hiasan bertemakan ‘Spooky Halloween’ di pintu masuk taman tema Lost World Of Tambun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");