Jenayah

Keluarga 9 Korban Nahas Kemalangan Hadir Buat Pengecaman

?TAPAH:Ahli keluarga sembilan mangsa yang maut dalam nahas membabitkan van dan lori hadir ke bilik mayat Hospital Tapah untuk membuat pengecaman bermula jam 9 pagi tadi.

Memetik laporan media tempatan mereka yang hadir kelihatan menangis hiba dan meraung kesedihan melihat keadaan mangsa.

Setakat ini, hanya seorang mangsa dapat dikenal pasti identiti iaitu pemandu van, Lew San Jau, 32, beralamat di Kampung Baru Malim Nawar.

Kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu membabitkan sebuah van dan lori muatan ais di Kilometer 45 Jalan Teluk Intan-Ipoh.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliau berkata, lapan wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 32 hingga 60 tahun yang merupakan penumpang dan pemandu van disahkan maut di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu lori berusia 22 tahun pula parah dan patah kaki.

“Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku apabila lori dipandu seorang lelaki hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan van terbabit,” katanya.

Katanya, semakan rekod lampau, mendapati kedua-dua pemandu tidak mempunyai sebarang rekod saman tertunggak.

Kesemua mangsa dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tapah sebentar tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");