Berita Hari Ini

Kerajaan Enggan Terburu-Buru Putus Hubungan Diplomatik

KUALA LUMPUR – Kerajaan enggan membuat keputusan terburu-buru untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Myanmar yang bertanggungjawab terhadap penindasan etnik Rohingya di negara itu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sekiranya tindakan itu diambil ia hanya akan lebih menyukarkan negara untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa pelarian Rohingya.

“Jika hubungan diplomatik diputuskan, sudah tentu sekali pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia tidak akan dibenarkan masuk ke kawasan Wilayah Rakhine untuk membantu warga Rohingya yang ditindas.

“Kita melihat bahawa ada perkara kita perlu ambil tindakan begitu juga sebaliknya kerana pada masa sama, kita perlu pastikan matlamat yang kita mahu capai itu dapat dihasilkan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) di Dewan Rakyat, hari ini lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, selain hubungan diplomatik, perkara sama turut dititik beratkan terhadap aspek pelaburan negara ini di Myanmar.

“Kita buat kajian, jika kerajaan mengambil satu tindakan menarik ke semua pelaburan di Myanmar ia mungkin tidak memberi impak yang positif kepada apa yang kita ingin kita capai.

“Kita tak perlu terburu-buru kerana ia melibatkan pelaburan syarikat-syarikat terlibat sama ada swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC). Jika syarikat terbabit bersifat swasta, mereka sendiri akan tentukannya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");