Berita Hari Ini

Kerajaan Terus Kaji, Tambah Baik Hukuman Buang Daerah – Nur Jazlan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus mengkaji dan menambah baik pengisian program untuk individu yang dibuang daerah agar terus relevan dengan perkembangan semasa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata hukuman buang daerah masih lagi relevan untuk dilaksanakan pada masa kini.

“Elemen buang daerah bukanlah sesuatu yang asing dalam undang-undang yang berbentuk pencegahan, individu-individu yang dibuang daerah ini atau dalam istilah sebenarnya dalam pengawasan polis bukanlah diabaikan pihak kerajaan.

“Orang-orang yang diletakkan di bawah pengawasan polis ini dipantau oleh ketua polis balai dan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan mengikut kesesuaian kemahiran dimiliki mereka,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk William@Nyallau Badak (BN-Lubok Antu) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengkaji semula program membanteras jenayah menerusi hukuman buang daerah yang menurutnya tidak berkesan dalam memberi pengajaran kepada penjenayah yang terlibat.

Malah, katanya individu yang dikenakan hukuman sekatan itu juga diberikan peluang untuk mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu keluarga mereka sekiranya berkelayakan.

Sementara itu, dalam soalan lain, Nur Jazlan berkata, sejumlah 1,703 orang wanita dipenjarakan sehingga 9 Oktober lalu berkaitan kesalahan dadah dengan 931 telah disabitkan manakala 772 masih direman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");