Perak Hari Ini

Keunikan Alam Semula Jadi Dan Nilai Serajah Beruas Ada Potensi Besar

BERUAS: Daerah Manjung khususnya kawasan Beruas berpotensi untuk dibangunkan terutama dalam industri yang berteraskan eko-pelancongan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kewujudan nilai alam semula jadi yang unik seperti Kawasan Air Terjun Ulu Licin bakal menarik lebih ramai lagi pelancong khususnya yang meminati keindahan alam semula jadi sekiranya ia dibangunkan.

“Dalam hendak menjadikan ia sebagai satu tarikan pelancongan, ia bukan sahaja memerlukan prasarana yang baik malah boleh diadakan beberapa aktiviti yang dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung.
“Umpamanya kita boleh adakan acara berbentuk semi-meraton, cabaran Ulu Licin ataupun apa-apa aktiviti sukan lasak,” katanya.

Selain itu, beliau juga berkata, salah satu tarikan di Beruas yang boleh diketengahkan ialah nilai sejarahnya yang tersendiri.
“Jika dilihat pada catatan sejarah, kawasan ini suatu ketika dahulu, pernah wujud sebuah kerajaan yang bernama Gangga Negara dan juga Kerajaan Beruas.
“Nilai sejarah ini amat besar namun, ia memerlukan usaha kerja yang kreatif dan imaginatif,” ujarnya.

Tambah Zambry, beberapa perancangan perlu disusun dengan baik bagi mewujudkan suasana kepada pelancong bahawa terdapatnya nilai sejarah yang tinggi di kawasan ini seperti mengetengahkan bahan-bahan dan tinggalan sejarah serta pemuliharaan bangunan-bangunan lama.

Pada masa sama, beliau juga berkata, cadangan kepada pembangunan kawasan ini telahpun diserahkan kepada kerajaan persekutuan melalui, Koridor Utara.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis Pra Pelancaran 100 Tahun Pekan Beruas Dan Citra Warisan di Padang Awam Beruas, dekat sini, pada Rabu.

Pada program berkenaan, beliau sempat menyempurnakan program Ziarah Kasih Kampung Kilang dan penyerahan geran tanah kepada penduduk setempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");