Perak Hari Ini

Konvoi Kembara Kasih HPSF Bagi Sumbangan Pada Pesakit Hospital Taiping

TAIPING: Seramai 95 orang peserta konvoi bermotosikal kuasa tinggi daripada Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor menyertai
Konvoi Kembara Kasih yang telah tiba di Hospital Taiping hari ini.

Konvoi yang tiba dari Muar itu telah disambut mesra dengan paluan kompang dan tarian tradisional daripada Hospital Taiping.

Delegasi yang diketuai oleh Abd. Razak Zainal berbesar hati menyumbangkan pelbagai barangan kepada hampir 40 orang pesakit tempatan termasuklah peralatan perubatan seperti suction machine, aerochamber serta bakul-bakul makanan.

Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Taiping Nurul Faez Khairol Azmi berkata pihak hospital sangat menghargai sumbangan dan keperhatinan yang ditunjukkan pihak konvoi kali ini.

“Pihak hospital berasa terharu dengan keprihatinan Konvoi Kembara Kasih yg tlh sudi mengharungi perjalanan yang begitu jauh dan pastinya berliku dan banyak cabaran dengan menunggang motosikal untuk memberikan sumbangan kepada pesakit di sini yang tentunya membawa makna yang cukup besar kepada mereka,” kata beliau semasa menyampaikan ucapan aluan pada majlis tersebut.

Sementara itu, Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Taiping Johari bin Omardin,selaku penyelaras program turut merakamkan ucapan terima kasih kepada delegasi ini dan berharap semoga hubungan baik ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");