Berita Hari Ini

Kutipan Melebihi Sasaran

HULU TERENGGANU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu berjaya memungut hasil kutipan cukai sebanyak RM639 juta sehingga September lalu berbanding sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan sebanyak RM565 juta tahun ini.

Pengarahnya, Aidid Tajuddin, berkata pencapaian luar biasa itu berjaya dicapai pada 6 Ogos lalu, iaitu empat bulan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan, sekaligus menjadi negeri pertama mencapai KPI.

“Kejayaan ini dicapai atas usaha gigih pegawai dan perkongsian sumber dalaman yang sedia ada selaras dengan konsep Strategi Lautan Biru Kastam (CBOS),” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di sini, baru-baru ini.

Selain itu, katanya, mendidik pembayar cukai mengenai tanggungjawab melunaskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) turut menyumbang kepada kejayaan mencapai sasaran itu dengan lebih awal.

“Apa yang kita lakukan adalah mendidik mereka, (supaya membayar cukai) bukan menghukum. Kita boleh tengok dalam aspek GST, kita boleh banding dengan negara luar yang kebanyakannya pelaksanaan pendidikan hanya mengambil masa selama satu tahun.

“Penguatkuasaan melalui hukuman hanya dilakukan pada tahun kedua. tetapi kaedah yang diamalkan hingga kini ialah walaupun telah masuk tahun kedua, kita masih lagi mendidik dan ia telah memberikan hasil kutipan di luar jangkaan,” katanya.

Katanya, ekonomi yang stabil di Terengganu juga menyumbang kepada peningkatan prestasi pungutan cukai hingga berjaya melepasi sasaran lebih awal.

Menurutnya, tahun lepas, pihaknya telah mencapai sasaran 98 peratus kutipan hasil cukai tetapi tahun ini telah mencecah 113 peratus sehingga September lepas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");