Jenayah

Lagak Warak Tapi Samun, Cabul

SHAH ALAM: Seorang penganggur ditahan selepas dipercayai terbabit dalam empat kes samun dan mencabul wanita, sejak pertengahan tahun ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata suspek berusia 39 tahun itu berselindung di sebalik perwatakan warak dengan memakai jubah untuk ke surau, sebelum menyasarkan wanita yang sedang solat berseorangan pada waktu Zohor.

Kes pertama, katanya, berlaku pada jam 1.41 tengah hari, 23 Jun lalu di Surau U8 Bukit Jelutong manakala kes kedua ialah di Kelas Agama dan Fardu Ain Integrasi di Kelana Jaya pada jam 2 petang, 28 Julai lalu.

Kemudian, beliau berkata, pada jam 3 petang 18 Ogos lalu, suspek menyasarkan pula seorang wanita di Surau Seksyen 4, Shah Alam dan di Surau Al-Ikhlas, Bukit Jelutong pada jam 1.30 tengah hari, 6 Oktober lalu.

“Berikutan itu, polis menggerakkan operasi menjejaki suspek dan akhirnya berjaya ditangkap di rumah di Kelana Jaya pada jam 4.45 petang, 13 Oktober lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini, hari ini. Hadir sama Pegawai Penyiasat kes berkenaan Inspektor Ahmad Afiq.

Shafien berkata, turut ditemui dalam serbuan di rumah suspek itu ialah senjata yang digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah dan barang mangsa.

“Suspek ditahan reman bermula 14 Oktober lalu sehingga esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menyebabkan kecederaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");