Jenayah

‘Doakan Mereka’ – Biro Undang-Undang PPIM

KAJANG: Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin dibawa ke Mahkamah Kajang 9.35 pagi, hari ini untuk didakwa melakukan perbuatan khianat dan menceroboh.

Kedua-dua individu berkenaan dibawa menaiki kenderaan polis dan diiringi tiga kenderaan polis yang lain.

Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM Datuk Hishamuddin Hashim berkata, dua individu berkenaan akan dituduh hari ini mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

“Apa yang berlaku tadi adalah pihak polis mengambil cap jari dan gambar mereka dan teruskan proses pendakwaan.

“Kedua-duanya akan dituduh melakukan perbutan khianat dan menceroboh. Kita akan tengok apa kandungan pertuduhan dan berharap mendapat jaminan yang baik dan dibebaskan hari ini,”katanya.

Hishamuddin berkata, pihaknya juga akan membuat proses mediasi (rundingan) supaya dapat mengurangkan kadar jaminan.

“Kita minta rakyat Malaysia mendoakan Yusuf Azmi dan Ali mendapat jaminan yang berpatutan,” katanya.

Terdahulu, Yusuf dan Ali tiba di IPD Kajang kira-kira 8 pagi untuk menyerah diri berhubung kes tuduhan menceroboh premis AGR Trade Sdn Bhd, Julai lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");