Berita Hari Ini

Laut Bergelora, Operasi Feri Dihenti Sementara

TANJUNG GEMOK – Operasi feri dari Terminal Jeti Pelancongan Tanjung Gemok ke Pulau Tioman dihentikan buat sementara waktu berikutan keadaan laut yang bergelora di muka kuala Sungai Endau.

Pengurus syarikat feri, Nasir Awang, 63, berkata, pemberhentian feri itu dilakukan selama empat hari bermula 30 Oktober hingga 2 November.

Menurutnya, tindakan itu dibuat mengijut kepada amaran dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi dan pelancong telah dimaklumkan mengenainya.

“Bagaimanapun kita masih meneruskan operasi di Jeti Mersing namun bergantung kepada jadual yang ditetapkan kerana mengikut paras pasang surut air di kuala.

“Namun begitu, sekiranya keadaan laut pulih lebih awal, feri di Tanjung Gemok akan kembali beroperasi seperti biasa,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau erkata, pelancong yang telah membuat tempahan tiket untuk pergi dan balik akan melalui Jeti Mersing, jadi tiada masalah untuk keluar atau masuk ke pulau.

Katanya, menurut maklumat diterima, keadaan laut di Pulau Tioman juga tenang dan pelancong masih boleh melakukan aktiviti seperti biasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");