Perak Hari Ini

Lelaki Didakwa Bunuh Pencuci Rumah Warga Indonesia

IPOH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh seorang wanita pencuci rumah sambilan,warga Indonesia dekat Kampung Terususun Tasek, Bercham pada 9 Oktober lalu.

Tertuduh, Khairul Aiziz Abdul Jalil, 34, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Majisteret, Siti Hafizah Jaafar dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Khairul didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan dia boleh dihukum gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Irna Julieza Maaras manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 14 Disember ini sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan patologi.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, seorang wanita warga Indonesia, Aidah Tursinawati, dibunuh ketika mangsa sedang melakukan kerja pembersihan rumah bapa tertuduh.

Kejadian berlaku sekitar jam 3.25 petang, di alamat, No 1A Hala Tasek Timur 30, Kampung Tersusun Tasek, Bercham, Ipoh.

Suspek kemudiannya menyerah diri ke Balai Polis Bercham dan memberitahu dia sudah membunuh wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an itu.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di muka, belakang badan dan tiga jarinya putus dipercayai ditetak menggunakan parang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, kemudiannya mengesahkan suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");