Jenayah

Lelaki Maut Langgar Besi Pengadang Jalan

IPOH – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan ketika melalui susur keluar Jalan Tambun di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, Zulhilmi Abd Rahman, 31, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa menunggang sendirian motosikal jenis Suzuki GSX R1000 dari Bandar Baru Kedah.

“Polis terima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan kemalangan itu kira-kira jam 8.15 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak dapat mengawal kenderaan yang ditunggangnya lalu melanggar besi pengadang kiri jalan,” katanya lapor Sinar Harian.

Menurutnya, akibat kemalangan itu mangsa terjatuh di jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Tiada tangkapan dilakukan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu di Taiping, seorang lagi penunggang motosikal maut dipercayai melanggar haiwan di Kilometer 0.5 Jalan Kuala Terong, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, mangsa yang dalam perjalanan dari Trong dipercayai melanggar lembu atau kerbau.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");