Jenayah

Lima Ditahan Berhubung Kes Tembak Di Muar

JOHOR BAHRU – Susulan kejadian dua lelaki ditembak dari jarak dekat di sebuah kedai kopi di Tangkak baru-baru ini, lima lelaki kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 40an itu berjaya ditahan Sabtu lalu dan melalui siasatan awal kes dipercayai mempunyai kaitan dengan jenayah dadah.

“Polis kini telah menahan lima individu berhubung kes ini dan hasil siasatan awal mendapati kejadian ini mempunyai kaitan dengan masalah dadah.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut dan terperinci akan dijalankan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, memetik laporan Sinar Harian.

Mohd Khalil berkata, dua mangsa yang terbabit kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan pihaknya percaya maklumat lanjut dapat diperoleh selepas menjalankan soal siasat bersama mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");