Perak Hari Ini

Little India Ipoh Meriah, Masyarakat India Buat Persiapan Sambut Deepavali

IPOH:Masyarakat India bertumpu ke pusat beli-belah, pasar basah dan pasar tani untuk mendapatkan bekalan dan membeli kelengkapan pada saat akhir Deepavali yang disambut esok.

Tinjauan Peraktoday di Little India Ipoh, mendapati orang ramai, ada yang datang seawal jam 8 pagi,berkunjung ke lokasi tersebut untuk pelbagai barangan termasuk pakaian juga perhiasan diri.

Kemeriahan sambutan Deepavali kian terasa apabila orang ramai mengambil kesempatan membeli pelbagai keperluan bagi perayaan itu di kawasan yang lebih dikenali dengan jolokan Little India, hari ini.

Anda seolah berada di Chennai, India apabila menyaksikan sendiri pelbagai barangan dijual sepanjang jalan raya tersebut juga alunan muzik yang cukup menghiburkan.

Peniaga, K.Chander berkata trend perayaan Deepavali kali ini dilihat disambut dalam keadaan penuh kesederhanaan, selain orang ramai berbelanja mengikut keperluan mereka.

“Peningkatan harga barangan dan keadaan ekonomi negara tidak menghalang kaum India untuk meraikan Deepavali dengan penuh kemeriahan bersama keluarga namun kali ini mereka perlu berbelanja mengikut keperluan.

“Selain itu, festival jualan barangan perayaan Deepavali turut diadakan bagi membolehkan orang ramai membeli persiapan sebelum sambutan Pesta Cahaya,” katanya.

Selain masyarakat India, penduduk di negeri ini turut mengambil kesempatan mengunjungi Little India bagi merasai kemeriahan Deepavali yang disambut masyarakat majmuk di negara ini.

Turut menjadi perhatian lukisan inai tangan atau henna yang turut menjadi lokasi diserbu orang ramai namun nasihat penulis pemilihan harus dilakukan berhati-hati tidak tertipu.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");