Perak Hari Ini

Lori Rempuh Bas

IPOH:16 orang penumpang bas Transit berhadapan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori berhampiran Hotel Hill City pagi tadi.

Menurut sumber Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 8.56 pagi tadi.

Namun kesemua penumpang dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun kelindan lori terbabit cedera pada bahagian kakinya.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas dengan lori membawa tanah namun kesemua penumpang selamat dan hanya kelindan lori terbabit mengalami kecederaan apabila bahagian kakinya didapati tersepit,” kata sumber.

Operasi menyelamat tamat sekitar jam 9.47 pagi tadi dan mangsa yang tercedera telah mendapatkan rawatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");