Sukan Hari Ini

Man United Intai Kepulangan Semula Pogba

HUDDERSFIELD: Paul Pogba tampak bersedia kembali menyertai skuad Manchester United namun pengendalinya, Jose Mourinho belum pasti sama ada pemain tengah Perancis itu sudah cergas sepenuhnya untuk diturunkan.

United mengekalkan rekod cemerlang musim ini meskipun tanpa kelibat Pogba yang mengalami kecederaan hamstring ketika bertemu Basel, bulan lalu dan sedang menjalani persiapan bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Huddersfield Town, esok.

Kehilangan tonggak tengah itu nyata sedikit merencatkan corak permainan United yang menyaksikan mereka terikat tanpa jaringan bertemu Liverpool namun meraih kemenangan 1-0 ke atas Benfica pada aksi Liga Juara Juara, kelmarin.

Menurut laporan BH Online melalui AFP, pasukan itu berdepan kekurangan pemain tengah ketika ini dengan Marouane Fellaini turut berdepan masalah kecederaan ketika membantu Belgium pada aksi Kelayakan Piala Dunia, awal bulan lalu.

Ini bermakna gandingan Nemanja Matic dan Ander Herrera dijangka bakal dikekalkan jika Fellaini ataupun Pogba gagal kembali dalam masa terdekat.

Selain dua pemain tengah itu, United turut bimbang dengan kecederaan Marcus Rashford yang mengalami kecederaan lutut ketika aksi Liga Juara Juara, kelmarin.

Dengan Mourinho yang gemar menggilirkan Rashford dan Anthony Martial pada musim ini, penyerang Perancis itu dijangka sekali lagi akan membarisi kesebelasan utama.

“Mengenai Rashford, saya rasakan ia hanyalah kekejangan kerana dia terlalu banyak berlari dan mungkin hanyalah membabitkan otot yang kepenatan.

“Dia menyatakan ada sesuatu yang tidak kena pada lututnya. Pada pandangan saya, ia seperti kecederaan kecil tetapi kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.’

“Saya mengharapkan ada pemain yang akan kembali untuk aksi bertemu Huddersfield. Tetapi saya tidak tahu mengenai Pogba mahupun Fellaini.”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");