Perak Hari Ini

Mapim, Ipoh Leftside Squad Dekati Gelandangan

IPOH:Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggalakkan penyertaan golongan muda untuk turut mendekati dan membantu golongan gelandangan.

Timbalan Presiden Mapim Kebangsaan, Zulkifly Ibrahim berkata usaha membantu golongan terpinggir ini diteruskan pula ke pelosok Bandaraya Ipoh.

 

“Ini adalah satu insiatif mendekati kelompok  gelandangan dan ia satu aktiviti yg sangat digalakkan oleh agama, masyarakat, juga pemimpin dalam memastikan kesejahteraan hidup masyarakat.

“Pastinya dengan keadaan ekonomi yang meleset kini kelompok ini semakin bertambah terutama di bandar-bandar besar jadi langkah ini sangat dituntut ole agama juga iaitu satu kerja kebajikan dan kebaikan,” katanya yang ditemui pada program menyantuni gelandangan anjuran Mapim dan Ipoh Leftside Squad (SKINHEAD & PUNK) Perak di sini semalam.

Terdahulu sekitar 30 sukarelawan hadir mengagihkan 60 bungkus makanan dan berpeluang bertukar cerita dengan gelandangan yang ditemui di tiga lokasi iaitu di UTC Ipoh, Yik Fong dan kawasan sekitarnya.

Jelas Zulkifly program yang pertama kali dianjurkan bersama penyertaan golongan muda berperanan mencari jalan penyelesaian kepada masalah gelandangan sekiranya tidak dibantu dikhuatiri akan mendo

rong kepada masalah sosial dalam masyarakat.

 

“Kita sangat berbangga dengan penyertaan anak muda kali ini kerana mereka pewaris pada kepimpinan malah kadang kala apa yang dikemukan mereka boleh membawa perubahan pada pemimpin juga kepimpinan.

“Golongan muda adalah satu kelompok penting  juga berpontensi besar mengambil alih kepimpinan juga membawa perubahan,”katanya.

Jelasnya lagi, anak muda selaku agen yang membawa perubahan perlu memberi contoh teladan baik supaya stigma sesetengah pihak yang mendakwa kelompok ini boleh dihakis.

Sementara itu, wakil daripada Ipoh Ipoh Leftside Squad (SKINHEAD & PUNK) Perak, Jauhari Abdul Wahab berkata idea untuk berkerjasama dengan Mapim adalah satu usaha agar golongan muda turut terarah untuk melakukan aktiviti kebajikan.

“Budak muda kini apabila waktu bercuti tidak mempunyai banyak aktiviti berfaedah untuk dilakukan jadi kerjasama ini dapat mengisi masa terluang mereka malah sebelum ini kami pernah melakukan aktiviti begini,” katanya.

Jelasnya lagi,tanggapan negatif terhadap  kumpulan Skin Head juga dapat dihapuskan sekiranya masyarakat memahami bahawa aktiviti yang turut disertai kumpulan tersebut tidak hanya berfokus pada fesyen dan muzik semata tetapi juga aktiviti sosial.

“Kita mahu orang ramai tahu golongan Skin Head bukan hanya menyukai fesyen juga muzik, tetapi turut menarik golongan muda mendekati kelompok masyarakat yang kurang bernasib baik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");