Perak Hari Ini

MARA Digital Kini Berada Di Ipoh

IPOH: Selepas di Menara MARA, Kuala Lumpur dan Anggerik Mall, Shah Alam, MARA Digital kini berada di Perak.

Masih mengekalkan konsep yang sama di mana ia merupakan salah satu projek pembangunan komersil industri produk  teknologi maklumat (ICT) dan lebih memfokuskan kepada usahawan Bumiputera.

Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Perak, Yahaya Sani berkata, kewujudan MARA Digital bukanlah untuk menyaingi pusat jualan yang sedia ada sebaliknya ia merupakan satu alternatif bagi pengguna untuk mendapatkan produk ICT yang tulen dengan harga yang kompetitif.

 

“Dalam perkembangan dunia masa kini yang berteraskan teknologi dan IT, maka saya melihat perlunya usahawan Bumiputera diberikan ruang dan peluang untuk melibatkan diri secara serius dan perniagaan ikutan semasa ini bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan,” katanya.

Tambahnya, pusat ICT ini akan menggunakan konsep sama seperti MARA Digital yang sedia ada dengan melantik pihak menguruskan MARA Digital dikenali sebagai  ‘Anchor Tenant’ yang bertanggungjawab menguruskan operasi dan usahawan menjalankan perniagaan.

 

Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Perak, Yahaya Sani

“Anchor Tenant yang dilantik akan membuat pembelian produk secara pukal dan seterusnya membekalkan produk tersebut kepada peniaga di sini, sekali gus ia membentuk rantaian nilai dalam kalangan usahawan MARA Digital,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, segala aktiviti di sini akan dipantau oleh Jawatankuasa Pemandu MARA Digital yang turut dianggotai wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Beliau berkata demikian kepada media ketika mengadakan lawatan kerja di MARA Digital, Bazar MARA Medan Jaya di sini, pada Selasa.
Bangunan ini mempunyai 20 lot perniagaan yang terdiri daripada lima kedai berkonsep dan lapan kiosk tetap serta tujuh kios bergerak di ruang legar.

Selain itu, ia turut mempunyai lima unit medan selera buat keselesaan pengunjung.

 

MARA Digital telah beroperasi sejak bulan lalu namun ia akan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis ini.

Bersempena dengan perasmian ini, pusat jualan ICT ini bakal mengadakan aktiviti, jualan dan pameran yang menarik antaranya, PS4 Fifa Tournament, Hotwheels Tournament, Fit@MARA, dan Pameran Garage Hobby.

 

Selain itu, terdapat juga beberapa promosi menarik yang disediakan oleh peniaga di sini nanti.

Antarnya, kiosk Silver Fix di mana mereka menawarkan screen protector ataupun pelindung layar secara percuma kepada pengunjung, selagi stok masih ada.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");