Perak Hari Ini

MARA Mahu Lebih Ramai Bumiputera Libatkan Diri Dalam Perniagaan ICT

IPOH: Masyarakat Bumiputera diseru untuk melibatkan diri dalam sektor perniagaan produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara serius.

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata potensi pasaran dalam bidang berkenaan dilihat sangat luas di mana, Malaysia menjadi negara ketiga penggunaan gajet teramai dalam rantau ini.

“Malaysia mempunyai 11 juta penggunaan gajet dan daripada jumlah itu, 62% adalah golongan Bumiputera.

“Namun, dalam kalangan penjual dan pembekal, kita hanya mempunyai 5% ke 10% sahaja,” katanya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Tambah beliau, hasil jualan produk ICT dalam negara juga menunjukkan trend peningkatan di mana pada tahun 2015, hasil jualan mencecah sehingga RM8.47 billion dan ianya bertambah kepada RM9.16 biilion pada tahun 2016.

Pada tahun ini, perolehan hasil jualan barangan tersebut berjumlah RM10.6 billion.

“Perkembangan ini cukup membuktikan permintaan terhadap produk ICT semakin meningkat dan bagi Majlis Amanah Rakyat (MARA), kami berasa bertanggungjawab untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan bidang ini dalam kalangan Bumiputera.

“Tak akan selama-lamanya Bumiputera hanya menjadi pembeli dan pengguna semata-mata.

“Selain itu juga, inisiatif ini juga kita mahu menhakis presepsi masyarakat terhadap pusat-pusat jualan MARA yang mana kebiasaanya menganggap kita hanya menjual produk-produk seperti pakaian dan makanan tempatan sahaja,” ujarnya.

 

Pada masa sama, beliau berkata selepas di Ipoh, MARA Digital Kuantan bakal dilancarkan pada 29 Oktober ini selain mensasarkan premis di Johor, Melaka, dan Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Mara Digital Ipoh, di sini, pada Khamis.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna,NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Shamsudin  Abu Hassan serta Pengerusi MARA, Datuk Dr Awang Adek.

Dalam majlis berkenaan Ismail turut mengumumkan sewaan selama enam bulan secara percuma diberikan kepada peniaga di sini sebagai penghargaan dan suntikan semangat untuk mereka memulakan perniagaan di pusat jualan ICT ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");