Perak Hari Ini

Masyarakat Perlu Sedar Istimewanya Golongan ‘Autisme’

IPOH:Sebahagian kelompok masyarakat terutama ibu bapa masih belum jelas mengenai kepentingan memberikan pendidikan khas kepada anak-anak Autisme.

Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata masih ramai yang belum tampil memberi pendedahan baru kepada anak-anak istimewa mereka dan juga belum jelas sepenuhnya mengenai Autisme.

“Kita rasakan ia turut menjadi tanggungjawab pihak Jabatan Penerangan Malaysia untuk memberi pendedahan menerusi media mengenai keprihatinan terhadap kanak-kanak Autisme,” katanya yang hadir pada program aktiviti grafiti Negaraku bertempat di Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, Cawangan Ipoh di sini hari ini.

Jelasnya lagi, program yang dianjurkan kali ini melibatkan pihak NASOM antara lain bertujuan menceriakan kawasan pusat latihan dan usaha mengeratkan hubungan antara agensi.

“Jabatan Penerangan meneruskan usaha ini sebagai satu sifat insklusif dalam program kita pelbagai lapisan masyarakat didekati termasuk kanak-kanak istimewa ini.

“Saya juga tertarik hasil kerja tangan mereka yang dijual kepada umum begitu teliti, biarpun memiliki kekurangan mereka juga mempunyai kelebihan lain diperkemas dan dipertingkatkan lagi kemahiran yang mereka ada diteruskan malah mutu kerja mereka begitu menarik setanding dengan mereka yang normal dan sempurna jadi kita mengharapkan orang ramai dapat berkunjung ke pusat NASOM untuk sama-sama membantu jawatankuasa membeli produk kraftangan mereka,” katanya yang turut berpeluang beramah mesra dengan lebih 20 pelajar Austisme di pusat NASOM cawangan Ipoh hari ini.

Orang ramai katanya perlu lebih prihatin dan tidak meminggirkan kelompok kanak-kanak istimewa ini.

Sementara itu, bagi Presiden Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Shahruddin,masih terdapat banyak permintaan untuk mewujudkan pusat NASOM di seluruh Negara, bagaimanapun faktor dana dan kewangan menjadi masalah utama.

“Kita terima banyak permintaan untuk mewujudkan lebih pusat latihan tetapi kekurangan dana bagi operasi yang semakin tinggi menyukarkan kami biarpun kerajaan juga badan bukan kerajaan (NGO) ada membantu tetapi masih tidak mencukupi untuk mengendalikan operasi pusat, kos alatan, juga mengaji guru yang hanya memberi pengajaran kepada dua hingga tiga pelajar dalam satu masa sahaja,” katanya.

Setakat kini sebanyak 23 pusat NASOM beroperasi di seluruh negara kecuali Sabah melibatkan lebih 600 kanak-kanak autisme.

“NASOM sememangnya bercadang untuk buka lebih banyak pusat jagaan tetapi bergantung pada dana terbaru saya baharu saya berkesempatan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi menyuarakan hasrat tambahan peruntukan lebih 4 juta untuk menyokong operasi NASOM di seluruh negara menerusi pembentangan bajet 2018 kelak.

“Penambahan peruntukan perlu kerana kos operasi kini adalah sekitar RM7 juta bagaimanapun pulangan daripada yuran hanya sekitar RM3 juta jadi kita merayu agar dipertimbangkan,” katanya.

Mengulas mengenai penerimaan masyarakat terhadap Autisme jelasnya, ia cukup berbeza jika dibandingkan pada 20 tahun yang lalu apabila ketika itu masih ramai yang tidak memahami mengenai Autisme malah ada sesetengah pihak berpendapat ia merupakan penyakit keturunan atau gangguan mahluk halus.

“Sekarang masyarakat sudah memahaminya dan apabila berada di kawasan awam mereka memberi peluang kepada ibu bapa keutamaan kepada kanak-kanak ini jadi ia sudah berubah,” katanya.

Terdahulu kreativiti kanak-kanak Autisme diserlahkan melalui lukisan grafiti bertemakan ‘Negaraku’ yang bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak autisme menerusi kreativiti lukisan selain melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Ia juga sebagai tanda keperhatinan Jabatan Penerangan terhadap usaha persatuan seperti NASOM untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada kanak-kanak istimewa ini.

Turut serta melukis grafiti lebih 20 petugas media daripada pelbagai agensi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");