Membawang Hari Ini

Mawi Jadi DJ Radio Bukan Kerana Dah Tak Laku

JUARA Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi menafikan dirinya menceburi bidang penyiaran radio selepas menyedari namanya sebagai penyanyi tidak menyinar seperti dahulu.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkata, kerjaya sebagai penyampai radio di stesen baru milik Astro Radio, Zayan adalah bidang yang diidamkan sebelum menyertai AF3.

“Kalau nak kata saya sudah tidak laku atau relevan dalam bidang nyanyian, saya masih ada lagu baharu akan datang bersama Syamsul Yusof.

“Tapi saya nak jelaskan disini, saya menceburi bidang penyampaian radio kerana ia memang impian saya sejak dulu lagi.

“Malah tujuan saya menyertai AF3 ketika itu pun kerana mahu menjadi penyampai radio.

“Namun ketika itu, rezeki nyanyian saya lebih murah dan tiada peluang untuk menjadi penyampai radio.

“Jadi kini, bila peluang itu datang saya tidak akan mensia-siakan.

“Bagaimanapun, saya tetap tidak akan tinggalkan bidang nyanyian,” katanya kepada Astro Gempak.

Mawi bersama seorang penyampai radio baharu iaitu Anas mengendali slot Salam Bros di Zayan.fm setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingag 10 pagi.

Mengulas mengenai kerjaya baharunya itu, Mawi memberitahu dia semakin selesa dan seronok mengendalikan slot tersebut.

“Pada mulanya saya akui kekok dan agak ‘lost’ kerana masing-masing masih mencari hala tuju ke mana hendak kami bawa pendengar radio tersebut.

“Namun lama-kelamaan saya semakin seronok dan mendapat rentak yang betul.

“Dalam Salam Bros kami ada segmen yang menarik seperti Mawi Jawi, Bro Buskers dan banyak lagi,” katanya lagi.

Selain Mawi dan Anas, Zayan turut menampilkan bekas penyampai berita dan fesyen Lin Ariffin,  hos program televisyen aktif nasyid di televisyen Raqib serta pengacara majlis berpengalaman luas bidang radio Falyq.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");