Perak Hari Ini

Mayat Lelaki Hilang Ketika Jala Ikan Ditemui

TELUK INTAN:Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Padang ketika menjala ikan di Kampung Tanjung Keramat, Langkap sekitar jam 6.30 petang semalam ditemui pihak penyelamat sekitar jam 9.55 pagi tadi.

Menurut sumber Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Perak, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.37 petang semalam dan menjalankan operasi pencarian pada daripada lokasi dipercayai terjatuh.

“Mangsa dipercayai telah terjatuh ke dalam sungai ketika sedang menjalankan aktiviti menjalan ikan bersama lima lagi ahli keluarganya,” kata sumber.

Menurut saksi, jala yang digunakan mangsa telah tersangkut dan mangsa cuba untuk meleraikan jala tersebut lalu terjatuh dan dihanyutkan arus yang deras dan keruh pada ketika itu.

Berikutan keadaan cuaca yang mulai gelap pihak penyelamat tidak dapat mengesan dan menjumpai mangsa bagaimanapun pencarian tetap diteruskan dengan bantuan penduduk kampung.

“Pasukan PPDA telah dipanggil bagi memberikan bantuan dan melakukan selaman di kawasan yang dipercayai lokasi mangsa lemas itu terjatuh melibatkan operasi pada sebelah malam bagaimanapun mangsa ditemui pada keesokan harinya,”katanya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");