Perak Hari Ini

MBI Tawar Pas Bulanan Letak Kereta Berharga RM30 Untuk 20,000 Orang Terawal

IPOH:Sempena sambutan Ulang Tahun Bandaraya Ipoh yang ke-30 pada tahun hadapan, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan Pas Bulanan Letak Kereta bagi bulan Januari 2018 hanya pada kadar sebanyak RM30.00 namun terhad kepada 20,000 pemilik Pegangan Harta yang terawal.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata bagi 20,000 yang pemegang cukai yang pertama akan menerima tawaran itu pada kadar RM1.00 sehari yang selalunya berjumlah RM85 sebulan.

“Namun kita hanya menyediakan sebanyak 20,000 pemilik sahaja kerana di bandaraya ini hanya terdapat sekitar 18 hingga 20,000 tempat kereta sahaja,” katanya.

Jelasnya lagi, pembayar cukai perlu mengambil peluang bagi merebut tawaran ini namun ia juga tertaluk kepada pemilik yang terawal menerima tawaran ini dan bebas daripada tunggakan cukai taksiran.

Katanya, tawaran istimewa ini akan disertakan di dalam bil Cukai Taksiran Penggal Pertama 2018 yang dijadual diterima pihak Pegangan Harta pada pertengahan bulan November ini.

Beliau terdahulu turut menggesa semua pihak untuk terus menjaga kebersihan sekitar bandaraya Ipoh biarpun masih terdapat pihak tertentu yang secara berterusan cuba ‘mensabotaj’ pihak MBI dalam mengatasi masalah keberkaitan kebersihan.

“Kita perlu terus memastikan Perak Bersih kerana ada terdapat pihak yang cuba melakukan ‘sabotaj’ ada kemudahan dan lori khas bagi memerangi penularan sampah haram tetapi ada sebahagian kecil yang selalu menyebabkan sampah haram bertambah seolah mencabar kekuasaan pihak penguatkuasaan.

“Namun kita jangan jemu memerangi perkara yang berkaitan kebersihan namun sekiranya pihak terbabit langsung tidak faham jadi kita kena ambil tindakan dari segi undang-undang untuk laksanakan penguatkuasaan tersebut,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat penuh Majlis bagi bulan Oktober di Bangunan MBI hari ini.

Bagaimanapun katanya masih terdapat orang awam yang turut menyalahkan sikap orang awam sendiri yang selalu membuang sampah merata-rata dan menyokong tindakan pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu beliau turut mengulas kaedah lelongan awam hanya akan dilaksanakan oleh pihak MBI sekiranya pembayar cukai enggan menjelaskan bayaran setelah notis dan bil dikeluarkan pihak Majlis.

Bagaimanapun kaedah itu tidak dilaksanakan secara aktif berikutan komitmen pihak pembayar yang tampil membayar secara tunai kepada pihak Majlis.

“Kita akan buat sitaan rekod mengambil sesuatu barang dan dilelong mengikut kadar cukai yang tidak dibayar namun ada satu unit bergerak ke satu premis dan membayar secara tunai, jadi tidak buat sitaan barangan terlalu aktif kerana ada komitmen pembayaran oleh pembayar cukai.

“Tetapi kalau ada pembayar yang degil kita terpaksa buat tahanan harta alih akan laksanakan kaedah lelongan awam malah setakat ini sejumlah RM42 juta cukai terkumpul sekitar empat hingga lima tahun ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");