Sukan Hari Ini

Mehmet Bangga Kempen Perak Musim Ini

KUANTAN: Pengendali Perak, Mehmet Durakovic bangga dengan pencapaian keseluruhan skuad itu sepanjang saingan Liga Malaysia, khususnya Liga Super dan Piala Malaysia dengan kempen The Bos Gaurus disekat Johor Darul Ta’zim (JDT) pada peringkat separuh akhir.

Katanya, walaupun berdepan masalah kecederaan beberapa pemain utama, ia tidak menjejaskan rentak skuad itu sehingga mampu memberi saingan kepada lawan jauh lebih kuat.

“Saya berbangga dengan komitmen semua pemain terutama barisan muda kerana Perak musim ini tidak dibarisi pemain bintang tetapi mereka berjaya mempamerkan prestasi meyakinkan.

“Berada di tangga kelima musim ini amat menggembirakan dan sudah pasti prestasi lebih baik diharap dapat dipersembahkan musim depan,” katanya.

Dalam saingan Liga Super, Perak menamatkan aksi di tangga kelima dengan mengutip 34 mata dan pencapaian terbaik adalah melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia.

Mengulas kejayaan mengikat Pahang 1-1 pada perlawanan terakhir Liga Super malam tadi, Mehmet berpuas hati dengan komitmen tinggi dipersembahkan anak didiknya itu.

Katanya, kebangkitan dipersembahkan pada babak kedua memastikan The Bos Gaurus berjaya mencuri satu mata di tempat lawan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");