Berita Hari Ini

MET Nafi Cuaca Panas Lebih 40 Darjah Celsius

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada Isnin menafikan mesej yang tular bahawa cuaca panas dijangka melebihi 40 darjah Celsius bagi tempoh lima hari akan datang.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Alui Bahari berkata suhu tertinggi yang dicatatkan minggu lalu ialah 36 darjah Celsius dan tidak mencapai tahap suhu gelombang haba iaitu melebihi 37 darjah Celsius.

“Matahari juga kini tidak berada di kedudukan garisan Khatulistiwa dan berdasarkan pemantauan terkini, keadaan cuaca ribut petir pada sebelah petang telah berlaku di beberapa tempat di Semenanjung berikutan Taufan Lan semakin lemah.

“Keadaan ribut petir ini adalah normal semasa fasa peralihan monsun yang sedang dialami negara ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Alui menasihati orang awam supaya mendapatkan maklumat sahih mengenai kedaan cuaca dari laman sesawang MET Malaysia di www.met.gov.my atau menghubungi talian 1-300-221638 lapor BERNAMA.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");